Terma dan Syarat EAN                                      Kali Terakhir Disemak Pada:  10 Disember 2016

 

Untitled Document

SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI DENGAN TELITI KERANA IA MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING TENTANG HAD LIABILITI DAN KETETAPAN PERTIKAIAN
TERMA DAN SYARAT EAN
Kami cuba menjadikan terma penggunaan ini (Terma) mudah untuk difahami dengan menggunakan bahasa Melayu mudah. Untuk memudahkan anda memahaminya, kadangkala kami menggunakan definisi. Apabila definisi digunakan kali pertama, anda akan dapat melihatnya dengan jelas dalam teks berhuruf tebal. Jika kami menggunakannya semula dalam Terma ini, definisi ini akan muncul dengan huruf besar (melainkan ia merujuk kepada kami atau anda). Dalam Terma ini, perkataan berikut mempunyai makna berikut:
Gabungan bermakna mana-mana gabungan pemasaran kami, termasuk gabungan yang anda buat Tempahan menerusi tapaknya;
Ejen Sokongan Pelanggan bermakna (i) penyedia sokongan pelanggan kami atau salah satu daripada Ahli Kumpulan kami; atau (ii) penyedia sokongan pelanggan Gabungan kami (termasuk sesiapa yang bertindak bagi pihak mereka); atau (iii) sesiapa yang bertindak sebagai penyedia sokongan pelanggan bagi pihak kami atau Ahli Kumpulan kami;
Tempahan bermakna anda membuat Tempahan Hotel;
Ahli Kumpulan bermakna satu entiti yang secara langsung atau tidak langsung, menerusi satu atau beberapa pengantara, mengawal atau dikawal atau di bawah kawalan yang sama dengan kami, termasuk Travelscape LLC (sebuah syarikat liabiliti terhad Nevada) dan Vacationspot, SL (sebuah syarikat berdaftar Sepanyol);
Tempahan Hotel bermakna tempahan penginapan, termasuk penginapan sebahagian daripada pakej, yang kami dan Ahli Kumpulan kami sediakan dari semasa ke semasa; dan
kami bermakna EAN.com L.P, sebuah perkongsian terhad Delaware;
anda bermakna individu atau pelanggan akhir korporat yang menyemak Maklumat kami atau membuat Tempahan Hotel.
Terma memberitahu anda tentang terma yang mana anda boleh:

  • mengakses maklumat tentang Tempahan Hotel (Maklumat kami) yang kami dan Ahli Kumpulan kami sediakan kepada Gabungan serta Ejen Sokongan Pelanggan kami tentang Tempahan Hotel; dan
  • lengkapkan Tempahan.

Sila baca Terma ini dengan teliti sebelum anda mula menyemak Maklumat kami dan/atau membuat Tempahan. Kami cadangkan supaya anda mencetak satu salinan Terma ini untuk rujukan pada masa hadapan.
Apabila anda menyemak Maklumat kami dan/atau membuat Tempahan, anda mengesahkan bahawa anda menerima Terma ini dan bersetuju untuk mematuhinya. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma ini, anda tidak boleh menggunakan Maklumat kami, menghubungi Ejen Sokongan Pelanggan kami atau membuat sebarang Tempahan.
TERMA LAIN YANG BERKENAAN
Terma ini turut merujuk kepada peraturan dan sekatan tambahan, termasuk dasar pembatalan pembekal Tempahan Hotel (Peraturan) yang berkaitan dengan Tempahan anda. Peraturan ini akan disediakan kepada anda sebelum anda melengkapkan Tempahan dan sebarang Tempahan yang dibuat adalah tertakluk pada Peraturan yang ditetapkan pada halaman tempahan. Sila baca Peraturan ini dengan teliti. Jika anda membuat Tempahan bagi pihak orang lain, anda bertanggungjawab untuk memaklumkan berkenaan Peraturan ni kepada orang itu dan menasihatkan mereka bahawa mereka akan terikat dengan peraturan ini.
Kami berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, menolak akses kepada Maklumat dan Tempahan Hotel kami pada bila-bila masa dan atas sebarang sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada pelanggaran Terma ini.
PERUBAHAN KEPADA TERMA INI
Kami boleh menyemak semula Terma ini pada bila-bila masa dengan meminda halaman ini dan akan menyiarkan versi yang telah dikemas kini dalam talian dari semasa ke semasa.
Sila semak halaman web ini setiap kali anda membuat Tempahan untuk melihat sebarang perubahan yang telah kami lakukan kerana terma ini mengikat anda dalam semua hal kecuali mana-mana Tempahan yang dibuat sebelum tarikh set perubahan yang terakhir (lihat di bahagian atas sebelah kanan). Terma yang terpakai pada masa anda membuat Tempahan akan terus digunakan kepada Tempahan tersebut.
TUJUAN MAKLUMAT KAMI
Maklumat kami disediakan semata-mata untuk membantu anda dalam mengumpulkan maklumat perjalanan, menentukan ketersediaan Tempahan Hotel, membuat Tempahan yang sah atau untuk berhubung dengan Ejen Sokongan Pelanggan kami.
Anda tidak boleh menggunakan Maklumat kami untuk sebarang tujuan lain melainkan kami telah bersetuju dengan penggunaan tersebut secara bertulis.
SYARAT MEMBUAT TEMPAHAN
Sebagai syarat membuat Tempahan, anda memberi jaminan bahawa:

  • anda sekurang-kurangnya berumur 18 tahun;
  • anda mempunyai kuasa untuk mewujudkan perjanjian undang-undang dengan kami dan penyedia Tempahan Hotel yang berkaitan;
  • anda akan hanya membuat Tempahan untuk diri anda atau untuk orang lain yang memberi kebenaran kepada anda untuk membuat Tempahan tersebut (Orang Lain);
  • anda akan memaklumkan Orang Lain itu berkenaan Terma ini (yang akan dikemas kini oleh kami dari semasa ke semasa) dan sebarang terma lain yang berkenaan yang terpakai kepada Tempahan;
  • semua maklumat yang diberikan oleh anda (termasuk sebarang maklumat yang diberikan bagi pihak Orang Lain) berhubung Tempahan ini adalah tepat, lengkap dan terkini; dan
  • anda akan mematuhi Dasar Guna Boleh Terima kami yang ditetapkan di bawah.

DASAR GUNA BOLEH TERIMA
Apabila mengakses Maklumat kami, anda bersetuju untuk tidak:

  • menggunakan Maklumat kami bagi sebarang tujuan komersial;
  • membuat sebarang Tempahan spekulatif, palsu atau penipuan atau apa-apa Tempahan berdasarkan jangkaan terhadap permintaan;
  • mengakses, memantau atau menyalin sebarang Maklumat kami menggunakan sebarang robot, lelabah, pengikis atau kaedah automatik lain atau sebarang proses manual untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran jelas secara bertulis daripada kami;
  • melanggar sekatan dalam mana-mana pengepala pengecualian robot terhadap Maklumat kami atau mengatasi atau memintas langkah-langkah lain yang digunakan untuk menghalang atau mengehadkan akses ke Maklumat kami;
  • mengambil apa-apa tindakan yang mengenakan, atau mungkin mengenakan, mengikut budi bicara kami, suatu beban besar yang tidak munasabah atau tidak seimbang pada infrastruktur kami;
  • pautan khusus ke mana-mana bahagian Maklumat kami (termasuk, tanpa had, laluan pembelian untuk mana-mana Produk Perjalanan) untuk sebarang tujuan tanpa kebenaran jelas secara bertulis daripada kami; atau
  • "bingkai", "cermin" atau menggabungkan mana-mana bahagian Maklumat kami ke dalam mana-mana tapak web lain tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu.

PAUTAN PIHAK KETIGA
Maklumat kami boleh mengandungi pautan ke tapak lain dan sumber yang disediakan oleh pihak ketiga. Pautan tersebut disediakan untuk maklumat anda sahaja dan tidak menunjukkan apa-apa pengendorsan bahan yang terkandung di dalam tapak dan sumber tersebut.
Kami tiada kawalan atas kandungan pada tapak atau sumber tersebut. Khususnya, kami tidak bertanggungjawab atas privasi atau amalan lain pada tapak tersebut.
BAYARAN UNTUK TEMPAHAN ANDA
Selepas menyerahkan permintaan Tempahan Hotel anda, anda memberi kebenaran kepada kami atau salah seorang daripada Ahli Kumpulan kami untuk memudahkan Tempahan Hotel bagi pihak anda, termasuk membuat urusan bayaran dengan penyedia penginapan.
Waktu anda perlu membuat bayaran untuk Tempahan bergantung pada sama ada anda membuat prabayar untuk Tempahan Hotel (Tempahan Prabayar) anda atau tidak, yang akan dimaklumkan kepada anda sebelum anda menyelesaikan Tempahan anda.
Harap maklum bahawa cukai dan yuran berbeza antara dua pilihan pembayaran ini. Kadar cukai dan kadar pertukaran asing boleh berubah dari waktu anda membuat Tempahan dan penggunaan sebenar Tempahan Hotel anda.
Kupon mungkin tersedia tetapi sentiasa tertakluk pada terma dan syarat khususnya sendiri. Jika anda ingin menggunakan kupon, kupon hanya terpakai untuk Tempahan Prabayar.
Tempahan Prabayar (“Bayar Sekarang”)
Tempahan Prabayar dibayar oleh anda semasa membuat Tempahan. Anda memberi kebenaran kepada kami untuk membuat Tempahan bagi jumlah harga tempahan, yang termasuk kadar Tempahan Hotel yang dipaparkan oleh Gabungan kami serta sebarang bayaran pemulihan cukai, cukai, yuran perkhidmatan, sebarang cukai yang berkenaan atas perkhidmatan kami dan sebarang yuran tempahan tambahan yang dicaj secara berasingan oleh Gabungan kami.
Jika prabayaran untuk Tempahan anda diperlukan atau anda memilih untuk membayar pada waktu anda membuat Tempahan, kami, salah seorang daripada Ahli Kumpulan kami atau Gabungan kami akan mengenakan bayaran sepenuhnya kepada kad kredit anda dengan serta-merta.
Bayar Kemudian
Jika prabayaran untuk Tempahan anda tidak diperlukan, anda boleh memilih untuk membayar pada waktu anda menggunakan Tempahan Hotel.
Jika anda memilih pilihan “bayar kemudian” ini, penyedia Tempahan Hotel yang berkenaan akan mengambil bayaran untuk Tempahan Hotel dalam mata wang tempatan pada waktu anda menggunakan Tempahan Hotel.
Maklumat Tambahan
Sekiranya bayaran anda diambil pada waktu anda membuat Tempahan, syarikat yang menerima bayaran dan mengenakan caj kepada kad kredit anda adalah Ahli Kumpulan atau Gabungan yang melakukan perniagaan bagi pihak kami atau Ahli Kumpulan kami, yang menerima bayaran tersebut bagi pihak penyedia Tempahan Hotel. Sesetengah bank dan syarikat kad mengenakan yuran transaksi kepada pemegang akaun mereka apabila pengeluar kad dan lokasi pedagang (seperti yang ditakrif oleh jenama kad, cthnya. Visa, MasterCard, American Express) berada di negara yang lain. Kadar pertukaran mata wang, jika berkenaan, dan mana-mana yuran transaksi ditentukan semata-mata oleh bank dan agensi lain yang memproses transaksi. Yuran ini boleh dikenakan oleh pengeluar kad sebagai bayaran kepada akaun pemegang kad. Apabila dikenakan oleh pengeluar kad, yuran akan disenaraikan secara berasingan daripada jumlah transaksi pada penyata kad kredit atau kad debit. Ini bermakna jumlah yang disenaraikan pada penyata kad kredit atau kad debit anda mungkin berbeza daripada jumlah yang ditunjukkan pada halaman ringkasan bil untuk tempahan yang dibuat pada Maklumat kami. Jika anda mempunyai pertanyaan tentang yuran tersebut atau apa-apa kadar pertukaran yang dikenakan pada tempahan anda, sila hubungi bank anda.
Sesetengah penyedia penginapan mungkin memerlukan anda dan/atau Orang Lain untuk membayar deposit menggunakan kad kredit atau tunai semasa mendaftar masuk untuk menampung perbelanjaan tambahan semasa penginapan anda. Deposit tersebut tidak berkaitan dengan mana-mana bayaran yang diterima oleh kami untuk Tempahan anda.
PEMBATALAN ATAU MEMBUAT PERUBAHAN KEPADA TEMPAHAN ANDA
Peraturan ini akan menetapkan tempoh pembatalan yang berkaitan yang boleh anda lakukan pembatalan atau membuat perubahan kepada Tempahan anda (Tempoh Pembatalan). Dalam hal-hal tertentu, sesetengah Tempahan tidak boleh diubah atau dibatalkan selepas dibuat dan hal ini akan dinyatakan dalam dasar pembatalan hotel tertentu.
Jika dibenarkan, anda boleh membatalkan atau mengubah Tempahan prabayar anda dalam Tempoh Pembatalan tetapi anda akan dikenakan yuran pembatalan atau perubahan yang berkenaan seperti yang ditetapkan dalam dasar pembatalan hotel tertentu.
Jika anda dibenarkan untuk membatalkan atau membuat perubahan kepada Tempahan tetapi anda tidak berbuat demikian sebelum tamat Tempoh Pembatalan, anda bertanggungjawab untuk membayar caj pembatalan yang bersamaan dengan kadar Tempahan Hotel semalaman yang berkenaan, caj cukai atau bayaran pemulihan cukai (jika berkenaan), yuran perkhidmatan dan sebarang yuran tempahan tambahan yang dikenakan secara berasingan oleh Gabungan kami (Penalti Pembatalan) sama ada anda menggunakan Tempahan Hotel atau tidak.
Jika anda tidak dapat hadir pada malam yang pertama Tempahan anda tetapi merancang untuk mendaftar masuk pada malam berikutnya, anda mesti mengesahkannya dengan Gabungan kami selewat-lewatnya pada tarikh malam yang pertama bagi tempahan anda. Jika anda gagal berbuat demikian, Tempahan anda boleh dibatalkan dan anda akan dikenakan bayaran Penalti Pembatalan.
TEMPAHAN KUMPULAN
Harap maklum bahawa kami tidak boleh menjamin tempahan untuk 8 buah bilik atau lebih dengan mana-mana penyedia penginapan untuk tarikh penginapan yang sama (Tempahan Kumpulan). Jika anda membuat tempahan kumpulan secara dalam talian, kami boleh membatalkan Tempahan Kumpulan tersebut dan mengenakan caj mana-mana yuran pembatalan kepada anda seperti yang ditetapkan dalam Peraturan ini. Jika anda membayar deposit yang tidak boleh dikembalikan berhubung Tempahan Kumpulan anda, deposit anda akan terlupus.
TEMPAHAN PALSU
Jika sebarang Tempahan (termasuk sebarang kad bayaran yang berkaitan) menunjukkan tanda atau dikaitkan dengan mana-mana penipuan yang disyaki, penyalahgunaan atau aktiviti yang mencurigakan, kami atau Gabungan kami boleh membatalkan mana-mana Tempahan yang berkaitan dengan nama atau alamat e-mel anda.  Selain itu, kami boleh mengesahkan (contohnya prakebenaran) mana-mana kad kredit yang digunakan untuk membuat bayaran Tempahan. Jika anda atau pemegang mana-mana kad kredit yang digunakan untuk membuat bayaran Tempahan telah melakukan sebarang aktiviti penipuan, kami berhak mengambil sebarang tindakan undang-undang yang diperlukan dan anda dan/atau pemegang kad akan bertanggungjawab terhadap kerugian kami dan Ahli Kumpulan kami, termasuk kos guaman dan kerosakan.  Untuk membuat pembatalan Tempahan, sila hubungi Gabungan kami.
PAKEJ
Jika Tempahan Hotel anda diberikan bersama dengan produk perjalanan yang lain (misalnya penerbangan) (Pakej), maka Gabungan yang memberikan Pakej ini kepada anda akan bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan yang berkaitan dengan Pakej itu.
CUKAI
Anda mengakui bahawa, kecuali seperti yang disediakan di bawah berkaitan dengan kewajipan cukai mengikut jumlah yang kami kekalkan untuk perkhidmatan kami, kami tidak mengutip cukai untuk dikirim kepada pihak berkuasa pencukaian yang berkenaan. Penyedia penginapan akan menghantar invois kepada kami berkenaan caj tertentu termasuk jumlah cukai, jika berkenaan. Penyedia penginapan itu bertanggungjawab membayar cukai yang berkenaan kepada bidang kuasa percukaian berkenaan. Bayaran pemulihan cukai yang kami kenakan kepada anda pada Tempahan Prabayar mewakili anggaran cukai (misalnya jualan dan penggunaan, penginapan, cukai bilik, cukai eksais, cukai nilai tambah dan sebagainya) yang kami bayar kepada penyedia penginapan untuk cukai yang perlu dibayar ke atas sewa bilik. Pengenaan cukai dan kadar cukai yang berkenaan berbeza-beza bergantung pada lokasi. Jumlah cukai sebenar yang dibayar oleh kami kepada penyedia penginapan mungkin berbeza daripada jumlah bayaran pemulihan cukai, bergantung pada kadar, pengenaan cukai dan sebagainya yang berkuat kuasa pada masa penggunaan sebenar Tempahan Hotel.
Anda mengakui bahawa kami menyediakan perkhidmatan kepada anda untuk memudahkan proses Tempahan Hotel sebagai suatu balasan. Kami memegang yuran perkhidmatan kami sebagai pampasan terhadap pemberian perkhidmatan untuk Tempahan anda. Yuran perkhidmatan kami berbeza berdasarkan pada jumlah dan jenis Tempahan Hotel. Jualan, penggunaan dan/atau cukai penginapan hotel tempatan dikenakan ke atas jumlah yang kami kenakan untuk perkhidmatan kami (yuran perkhidmatan dan/atau yuran pemudahan) dalam bidang kuasa tertentu. Jumlah cukai sebenar terhadap perkhidmatan kami mungkin berbeza bergantung pada kadar yang berkuat kuasa semasa penggunaan sebenar Tempahan Hotel.
Anda mengakui bahawa pihak berkuasa di negara tertentu boleh mengenakan cukai jualan, penggunaan dan/atau penginapan hotel tempatan tambahan (misalnya, cukai pelancong), yang perlu dibayar setempat. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar cukai tambahan tersebut.
PERJALANAN ANTARABANGSA
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa anda memenuhi sebarang syarat kemasukan asing yang berkenaan dan dokumen perjalanan anda seperti pasport dan visa (transit, perniagaan, pelancong dan sebaliknya) adalah lengkap dan sebarang syarat kemasukan asing yang lain telah dipenuhi.  
Dengan menawarkan Tempahan Hotel di destinasi antarabangsa tertentu, kami tidak mewakili atau memberi jaminan bahawa perjalanan ke kawasan tersebut adalah digalakkan atau tanpa risiko dan tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan atau kerugian yang mungkin timbul akibat daripada perjalanan ke destinasi tersebut. Kami mengesyorkan supaya anda menyemak panduan perjalanan asing negara anda untuk mendapatkan butiran lanjut.
PENAFIAN
Kami dan Ahli Kumpulan kami akan berusaha dengan sewajarnya untuk mengemas kini Maklumat kami bagi memastikan ketepatannya. Namun begitu, Maklumat kami disediakan oleh penyedia Tempahan Hotel kami. Oleh yang demikian:

  • maklumat kami boleh berubah, ditingkatkan, dipinda atau dipadamkan pada bila-bila masa, sebarang ketidaksediaan atau perubahan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa notis dan tanpa liabiliti kepada kami atau Ahli Kumpulan kami;
  • kami menafikan semua liabiliti untuk sebarang kesilapan atau ketidaktepatan lain yang berkaitan dengan Maklumat kami, (termasuk tanpa had, penetapan harga Tempahan Hotel, gambar hotel, senarai kemudahan hotel dan penerangan umum hotel);
  • kami tidak memberi jaminan tentang ketersediaan Tempahan Hotel tertentu.
  • kami tidak mewakili kesesuaian Maklumat kami untuk sebarang tujuan;
  • penarafan hotel yang dipaparkan dalam Maklumat kami bertujuan sebagai garis panduan umum sahaja dan kami dan Ahli Kumpulan kami tidak boleh menjamin ketepatan penarafan tersebut;
  • kemasukan atau penawaran sebarang Tempahan Hotel tidak melambangkan sebarang sokongan atau cadangan Tempahan Hotel tersebut oleh kami atau Ahli Kumpulan kami;
  • menafikan semua waranti dan keadaan bahawa Maklumat dan perkhidmatan kami atau sebarang e-mel yang kami atau Ahli Kumpulan kami hantar adalah bebas daripada virus atau komponen berbahaya yang lain dan semua Maklumat kami; dan
  • perkhidmatan disediakan “seperti adanya” tanpa sebarang bentuk waranti.

Kami dengan jelas berhak membetulkan sebarang kesilapan penetapan harga dan/atau Tempahan yang dibuat pada harga yang salah. Sekiranya hal ini berlaku, kami akan menawarkan anda peluang untuk menyimpan Tempahan anda pada harga yang telah dipinda atau anda boleh membatalkan Tempahan anda tanpa sebarang penalti.
LIABILITI KAMI KEPADA ANDA
Hotel dan penyedia lain yang menyediakan Tempahan Hotel kepada kami adalah kontraktor bebas dan bukan ejen atau pekerja kami atau Ahli Kumpulan kami.
Kami dan Ahli Kumpulan kami tidak bertanggungjawab terhadap:

  • tindakan, kesilapan, ketinggalan, perwakilan, waranti, pelanggaran atau kecuaian mana-mana Ahli Gabungan atau penyedia Tempahan Hotel; atau
  • untuk sebarang kecederaan peribadi, kematian, kerosakan harta benda atau kerosakan lain atau perbelanjaan akibat daripada perkara ini.

Kami dan Ahli Kumpulan kami tidak bertanggungjawab dan tidak akan membayar balik sekiranya berlaku mana-mana perkara berikut:

  • kelewatan;
  • pembatalan:
  • terlebih tempahan:
  • mogok;
  • force majeure; atau
  • sebab lain di luar kawalan langsung kami;

dan kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan tambahan, ketinggalan, kelewatan, penghalaan semula atau tindakan mana-mana kerajaan atau pihak berkuasa.
Sehingga tahap maksimum yang dibenarkan undang-undang, kami atau Ahli Kumpulan kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang ganti rugi langsung, tidak langsung, punitif, sampingan, khas atau berbangkit yang timbul daripada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan:

  • akses anda kepada Maklumat kami; atau
  • kelewatan atau kegagalan untuk mengakses Maklumat kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana virus komputer, maklumat, perisian, tapak yang dihubungkan dan Tempahan);

sama ada berdasarkan kecuaian, kontrak, tort, liabiliti ketat, undang-undang perlindungan pengguna, atau sebaliknya, dan walaupun kami atau Ahli Kumpulan kami telah dinasihatkan tentang kemungkinan kerosakan tersebut.
Jika, walaupun terdapat had di atas, kami atau Ahli Kumpulan kami didapati bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada atau dalam apa-apa cara yang berkaitan dengan mana-mana kejadian yang dinyatakan di atas, maka liabiliti kami, atau Ahli Kumpulan kami tidak akan melebihi, dalam agregat, lebih besar daripada:

  • yuran Tempahan yang anda bayar kepada kami, Ahli Kumpulan atau Gabungan kami berhubung dengan Tempahan yang berkaitan; atau
  • Seratus Dolar (US$100.00) atau yang bersamaan dalam mata wang tempatan.

Kami tidak mengecualikan atau mengehadkan liabiliti kami dalam apa-apa cara untuk apa-apa yang tidak boleh dikecualikan oleh undang-undang
Had liabiliti mencerminkan peruntukan risiko antara anda dan kami.
Had-had yang dinyatakan dalam bahagian ini akan terus digunakan dan terpakai walaupun sekiranya terdapat sebarang remedi terhad yang dinyatakan dalam Terma ini didapati gagal daripada tujuannya yang penting.
Had liabiliti yang diperuntukkan dalam Terma ini melanggar manfaat kami dan Ahli kumpulan kami.
TANGGUNG RUGI
Anda bersetuju untuk mempertahankan dan melindungi kami, Ahli Kumpulan kami dan mana-mana pegawai, pengarah, pekerja dan ejen-ejen mereka daripada dan terhadap sebarang bentuk tuntutan, kuasa tindakan, permintaan, pemulihan, kerugian, kerosakan, denda, penalti atau kos atau perbelanjaan lain termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran guaman dan perakaunan yang munasabah, yang dibawa oleh pihak ketiga akibat daripada:

  • pelanggaran anda terhadap Terma ini;
  • pelanggaran anda terhadap apa-apa undang-undang atau hak pihak ketiga; atau
  • penggunaan anda terhadap Maklumat kami.

HAK HARTA INTELEK
Maklumat kami (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, harga dan ketersediaan Tempahan Hotel) dimiliki oleh kami atau pembekal dan penyedia kami.
Walaupun kami bersetuju bahawa anda boleh menggunakan Maklumat kami untuk membuat salinan terhad bagi jadual perjalanan anda dan apa-apa maklumat lain yang berkaitan dengan Tempahan anda, anda bersetuju untuk tidak mengubah suai, menyalin, mengedar, menghantar, memaparkan, melaksanakan, menghasilkan semula, menerbitkan, memberi lesen, membuat kerja terbitan, memindahkan, atau menjual atau menjual semula mana-mana maklumat, perisian, produk atau perkhidmatan yang berkaitan dan/atau termasuk Tempahan Hotel dan Maklumat kami.
NOTIS HAK CIPTA DAN TANDA DAGANGAN
Semua kandungan Maklumat kami adalah ©2016 Expedia, Inc. Hak cipta terpelihara. Expedia, Expedia Affiliate Network, EAN, Travelnow, Hotels.com, logo Expedia Affiliate Network, logo Travelnow dan logo Hotels.com adalah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Expedia, Inc. di A.S dan/atau negara lain. Logo dan produk dan nama syarikat lain yang disebut dari ini mungkin tanda dagangan bagi pemilik masing-masing. Kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan pada tapak web yang dikendalikan oleh pihak ketiga.
Jika anda mengetahui tentang pelanggaran bagi jenama kami, sila maklumkan kepada kami dengan menghantar e-mel kepada kami di alamat hotline@expedia.com. Kami hanya boleh menangani mesej berkenaan dengan pelanggaran jenama di alamat e-mel ini.
UNDANG-UNDANG BERKAITAN
Maklumat kami disediakan oleh entiti A.S dan Terma ini dikawal oleh undang-undang Negeri Washington, Amerika Syarikat. Anda dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah di King County, Washington, Amerika Syarikat, dalam semua pertikaian yang timbul daripada Terma ini atau berkaitan dengan penggunaan Maklumat kami. Penggunaan Maklumat kami adalah tidak dibenarkan dalam mana-mana bidang kuasa yang tidak melaksanakan segala peruntukan Terma ini.
PERTIKAIAN
Kami dan Ahli Kumpulan kami komited untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan, oleh itu jika anda mempunyai masalah atau pertikaian, kami akan cuba menyelesaikan masalah anda. Jika kami tidak berjaya, anda boleh meneruskan tuntutan seperti yang dijelaskan dalam bahagian ini.
Anda bersetuju untuk memberi peluang kepada kami bagi menyelesaikan sebarang pertikaian atau tuntutan yang berkaitan dalam apa jua cara dengan Maklumat kami, Tempahan, sebarang urusan dengan Ejen Sokongan Pelanggan kami, sebarang Tempahan Hotel, atau apa-apa perwakilan yang dibuat oleh kami (Tuntutan) dengan menghubungi kami melalui butiran perkhidmatan pelanggan yang diberikan kepada anda pada masa tempahan. Jika kami tidak dapat menyelesaikan Tuntutan anda dalam masa 60 hari, anda boleh mendapatkan bantuan melalui timbang tara atau di mahkamah tuntutan kecil, seperti yang dinyatakan di bawah.
Mana-mana dan semua tuntutan akan diselesaikan oleh timbang tara terikat, dan bukannya di mahkamah, kecuali anda boleh mengadakan Tuntutan secara individu di mahkamah tuntutan kecil jika mereka layak. Ini termasuklah apa-apa tuntutan yang anda tuntut daripada kami, anak syarikat kami, pembekal perjalanan atau mana-mana syarikat yang menawarkan produk atau perkhidmatan melalui kami (yang merupakan benefisiari dalam perjanjian timbang tara ini). Ini turut termasuk apa-apa Tuntutan yang timbul sebelum anda menerima Terma ini, tanpa mengambil kira sama ada versi terdahulu Terma ini memerlukan timbang tara.
Tiada hakim atau juri dalam timbang tara dan semakan semula mahkamah keputusan timbang tara adalah terhad. Walau bagaimanapun, penimbang tara boleh memutuskan secara berasingan kerosakan dan bantuan yang sama seperti mahkamah (termasuk ganti rugi statutori, yuran dan kos peguam), dan mesti mematuhi dan menguatkuasakan Terma ini seperti mahkamah.
Timbang tara akan dijalankan oleh Persatuan Timbang Tara Amerika (AAA) di bawah peraturan, termasuk Peraturan Pengguna AAA. Peraturan AAA yang tersedia di www.adr.org atau dengan menghubungi 1-800-778-7879. Bayaran semua yuran pemfailan, pentadbiran dan penimbang tara akan ditadbir oleh peraturan AAA itu, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini. Jika Tuntutan anda berjumlah kurang daripada $10,000, kami akan membayar balik kepada anda yuran pemfailan yang anda bayar kepada AAA dan akan membayar yuran penimbang tara, melainkan penimbang tara menentukan Tuntutan anda adalah remeh. Anda boleh memilih timbang tara dijalankan melalui telefon, berdasarkan hujahan bertulis, atau hadir sendiri dalam negeri di mana anda menetap atau satu lagi lokasi yang dipersetujui bersama.
Untuk memulakan prosiding timbang tara, anda mesti menghantar surat meminta timbang tara dan menjelaskan Tuntutan anda ke "Undang-undang Expedia: Pengurus Tuntutan Timbang Tara,” di Expedia, Inc., 333 108th Ave N.E. Bellevue, WA 98004. Jika kami meminta timbang tara terhadap anda, kami akan memberikan anda notis di alamat e-mel atau alamat jalan yang anda berikan. Pihak yang meminta timbang tara mesti menyediakan satu salinan permintaan tersebut kepada AAA, di Case Filing Services, 1101 Laurel Oak Road, Suite 100, Voorhees, NJ 08043 atau dalam talian di www.adr.org atau di mana-mana pejabat AAA.
Apa-apa dan semua prosiding untuk menyelesaikan tuntutan akan dijalankan hanya atas dasar individu dan bukan dalam satu tindakan kelas, disatukan atau tindakan perwakilan. Jika atas sebarang sebab tuntutan diteruskan dalam mahkamah dan bukannya di timbang tara kita masing-masing mengetepikan sebarang hak untuk perbicaraan juri. Akta Timbang Tara Persekutuan dan undang-undang timbang tara persekutuan terpakai kepada perjanjian ini. Keputusan timbang tara boleh disahkan oleh mana-mana mahkamah dengan bidang kuasa kompeten.
UMUM
Anda bersetuju bahawa tiada usaha sama, perkongsian atau hubungan pekerjaan yang wujud antara anda dan kami atau Ahli Kumpulan kami akibat daripada Terma ini atau akses anda kepada Maklumat kami.
Anda mengakui bahawa Travelscape, LLC atau VacationSpot, SL (atau mana-mana Ahli Kumpulan lain yang kami tetapkan) hendaklah dianggap sebagai penyedia Tempahan Hotel oleh mana-mana pihak berkuasa cukai dalam mana-mana bidang kuasa penting untuk tujuan Tempahan Prabayar dan Pakej untuk VAT (Cukai Nilai Ditambah) seperti yang digunakan oleh Arahan 2006/112/EC.
Prestasi kami terhadap Terma ini adalah tertakluk pada undang-undang sedia ada dan proses undang-undang, dan apa-apa yang terkandung dalam Terma ini tidak mengehadkan hak kami untuk mematuhi penguatkuasaan undang-undang atau permintaan kerajaan atau undang-undang yang lain atau keperluan yang berkaitan dengan penggunaan anda terhadap Maklumat kami atau maklumat yang disediakan atau dikumpulkan oleh kami berhubung dengan penggunaan tersebut.
Kami boleh memindahkan hak dan tanggungjawab kami di bawah Terma ini kepada organisasi yang lain tetapi tindakan ini tidak akan menjejaskan hak atau tanggungjawab kami di bawah Terma ini. Anda hanya boleh memindahkan hak atau tanggungjawab di bawah Terma ini kepada orang lain jika kami bersetuju secara bertulis.
Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda bersetuju bahawa anda akan membawa apa-apa tuntutan atau kuasa tindakan yang timbul daripada atau berhubung dengan akses atau penggunaan anda terhadap Maklumat kami dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh tuntutan atau tindakan yang timbul atau terakru atau tuntutan atau kuasa tindakan tersebut akan diketepikan secara muktamad.
Jika mana-mana bahagian Terma ini didapati tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuatkuasakan, kesahihan, kesahan dan penguatkuasaan peruntukan-peruntukan yang lain tidak akan dipengaruhi atau terjejas sama sekali. Kegagalan atau kelewatan kami dalam menguatkuasakan sebarang peruntukan Terma ini pada bila-bila masa tidak mengetepikan hak kami untuk menguatkuasakan peruntukan yang sama atau mana-mana peruntukan lain pada masa akan datang.
Terma ini (dan mana-mana terma dan syarat lain yang dirujuk di sini) merupakan perjanjian menyeluruh antara anda dengan kami berhubung dengan Maklumat kami dan sebarang Tempahan dan Terma ini menggantikan semua komunikasi dan cadangan terdahulu atau semasa, sama ada secara elektronik, lisan atau bertulis, antara anda dan kami berhubung dengan Maklumat kami dan/atau Tempahan. Versi cetak Terma ini dan apa-apa notis yang diberikan dalam bentuk elektronik boleh diterima dalam prosiding kehakiman atau pentadbiran berasaskan atau berkaitan dengan Terma ini setakat yang sama dan tertakluk pada syarat yang sama seperti dokumen dan rekod perniagaan yang lain yang asalnya dihasilkan dan disimpan dalam bentuk bercetak.
Nama rekaan syarikat, produk, orang, watak dan/atau data yang dinyatakan dalam Maklumat kami tidak bertujuan untuk mewakili mana-mana individu, syarikat, produk atau acara sebenar.
Mana-mana hak yang tidak dinyatakan dalam ini adalah terpelihara.
BUTIRAN KAMI
Travelscape LLC adalah penjual perjalanan yang berdaftar di setiap negeri yang disenaraikan di bawah:

  • Nombor pendaftaran California: 2083930-50
  • Nombor pendaftaran Florida: ST36407
  • Nombor pendaftaran Iowa: 677
  • Nombor pendaftaran Nevada: 20020759
  • Nombor pendaftaran Washington: 602-617-174

Pendaftaran sebagai penjual perjalanan di California tidak mengandungi kelulusan negeri tersebut.
Pendaftaran Cukai Negeri New York:
Nombor pendaftaran vendor cukai jualan New York Travelscape (d/b/a Expedia Travel) ialah 880392667 dan nombor pendaftaran cukai penginapan hotelnya di Bandar New York ialah 033960.
Sila klik di sini untuk maklumat tambahan:
Pihak Berkuasa Sijil Negeri New York
Pihak Berkuasa Sijil Negeri New York
©2016 EXPEDIA, INC. Hak cipta terpelihara.